Proton jual 9,415 unit kereta sepanjang April 2023, X50 SUV paling laris

oleh Mohamad Hanif|
Proton telah berjaya mengukuhkan kedudukan dengan mencatatkan pertumbuhan jualan tahun ke tahun untuk bulan keempat berturut-turut pada tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam tempoh empat bulan pertama, Proton mencatatkan jumlah jualan sebanyak 49,702 unit, atau peningkatan sebanyak 39.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Sepanjang bulan April, sebanyak 9,415 unit kenderaan Proton telah terjual di peringkat domestik dan eksport, atau peningkatan sebanyak 6.5 peratus berbanding April 2022.

Ini bermakna, Proton merupakan satu-satunya jenama automotif di tangga lima teratas yang berjaya mencapai pertumbuhan jualan pada bulan April, dengan pegangan pasaran dianggarkan 20.4 peratus.
 

saga


Namun, jumlah jualan pada bulan April menyusut lebih 41.4 peratus selepas rekod tertinggi dicatatkan pada bulan Mac, disebabkan oleh tempoh cuti, serta penamatan tempoh penyerahan untuk pesanan yang dibuat semasa skim insentif bebas cukai PENJANA.

Proton Saga masih lagi mendahului sebagai model yang paling laris terjual, iaitu sebanyak 3,949 unit diikuti dengan Proton X50 (2,644 unit), Proton Persona (1,263 unit), Proton Exora (465 unit), Proton X70 (756 unit) dan Proton Iriz (338 unit).

Proton dijangka akan mengukuhkan kedudukannya di dalam segmen SUV menerusi pelancaran model baharu SUV tiga baris tempat duduk Proton X90 pada 7 Mei ini.
 

X90


Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, “Dengan pelancaran Proton X90 secara rasmi oleh Perdana Menteri pada 7 Mei, syarikat akan mempunyai tiga model SUV untuk mengukuhkan kedudukan kami dalam segmen itu serta model pertamanya dalam pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) tidak lama lagi.

"Ini akan membantu membentuk asas yang baik untuk penawaran model masa depan kami dan memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada rangkaian pengedar Proton dalam aspek menjual dan menservis kenderaan ini.

Pasaran eksport pula menyaksikan Proton Saga kekal menjadi model yang paling popular, diikuti Proton X50 dan Proton X70.

Sebanyak 187 unit kenderaan telah dieksport keluar pada bulan April, menjadikan jumlah eksport keseluruhan Proton kini mencecah 603 unit.

“Volum eksport Proton untuk tahun 2023 adalah perlahan untuk mencapai jumlah yang dijangkakan disebabkan oleh beberapa faktor ekonomi global luaran. Bagaimanapun, kami kekal positif tentang prospek jualan luar negara kami untuk tahun ini dan sedang giat bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk meningkatkan profil jenama serta mempromosikan produk pintar kami,” tambah Roslan Abdullah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…
Informasi
  Penawaran SUV juga mengubah pandangan dan penerimaan pengguna terhadap jenama nasional itu.…
Berita Domestik
Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun  2023…