Proton kekal Petronas sebagai pembekal pelincir utama

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proton hari ini melanjutkan lagi kerjasama mereka bersama PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM), anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dan PETRONAS Lubricants International (PLI) selama sepuluh tahun, bagi menghasilkan dan menghantar produk-produk pelincir dan cecair-cecair berfungsi, berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Perjanjian Pembekalan, Teknologi, Komersial dan Kerjasama Global (STCCA) telah ditandatangani oleh Ruslan Islahudin iaitu Ketua Perniagaan Daerah APAC PLI, disaksikan Andrew Wong, Ketua Wilayah bagi OEM APAC, dan bagi pihak PROTON ialah Lim Meng Jin, Ketua Pegawai Perolehan PROTON, disaksikan Yusri Yusof, Pengarah Kanan Strategi Korporat.

Bagi Perjanjian Pembekalan dan Kerjasama Komersial Tempatan (LSCCA) pula, ianya telah ditandatangani oleh Hardeep Singh, Ketua Pegawai Eksekutif PLMM yang mewakili PETRONAS dan disaksikan oleh Gan Kher Yang, Pengurus Besar Jualan B2C manakala bagi pihak PROTON adalah Tuan Haji Hamizan Osman, Pengarah Kanan Perolehan PROTON serta saksi yang sama.
 


Sesi menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh Dato' Sri Syed Zainal Abidin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB dan Pengerusi PLMM dan PLI serta Giuseppe D'Arrigo, Ketua Pegawai Eksekutif PLI. Pihak PROTON pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed.

"PROTON dan PETRONAS telah bekerjasama sejak dahulu lagi, jadi tidak hairanlah sekiranya kami ingin melanjutkan tempoh perjanjian kerjasama ini. PROTON bakal menghasilkan pelbagai model baharu yang menarik dan kami sangat teruja untuk meneroka dengan lebih mendalam cecair-cecair teknikal yang dihasilkan bersama PETRONAS yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami," kata Dr Li Chunrong.

"PETRONAS telah menjadi pembekal cecair rasmi kepada PROTON sejak 1989. Kami berbesar hati untuk mengembangkan lagi perkongsian ini kerana ini merupakan bukti jelas kepercayaan dan keyakinan PROTON terhadap produk dan perkhidmatan kami," ujar Dato' Sri Syed Zainal Abidin. 
 


Melalui perkongsian ini, PLI dan PLMM akan terus membekalkan pelbagai produk berkualiti untuk memenuhi keperluan kilang PROTON dan servis selepas jualannya, dengan menjadikan rangkaian PETRONAS Syntium SE sebagai produk utama.

Pelincir-pelincir dan cecair-cecair berfungsi PETRONAS dihasil berdasarkan pendekatan bersepadu PETRONAS Fluid Technology Solutions™, yang kini berada di tahap teras dalam kerja-kerja kejuruteraannya. 

PETRONAS memanfaatkan pengetahuan dan pemahaman yang diperoleh melalui kemudahan R&D yang luas di seluruh dunia termasuklah Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global bernilai USD$60 juta yang terletak di Villastellone Turin, Itali serta Pusat Penyelidikan dan Teknologi Satellite yang bernilai USD$8 juta di Contagem, Minas Gerais, Brazil.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…