Melalui kempen ini, pemilik model Proton PIES Persona, Iriz, Exora dan Saga boleh menikmati pakej servis asas pada harga promosi tetap:
-
RM145.00 bagi Pakej Semi-Sintetik.
-
RM198.00 bagi Pakej Sintetik Penuh.
Harga ini menawarkan penjimatan sehingga 30% berbanding kadar biasa.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima pemeriksaan keselamatan 40 poin secara percuma di semua pusat servis sah Proton. Semakan ini meliputi komponen penting seperti brek, bateri, pengelap cermin, serta pelbagai komponen kritikal lain bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik.
Menurut Ainol Azmil Abu Bakar, Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, kempen ini mencerminkan komitmen Proton untuk memberi ketenangan kepada pelanggan sambil menyokong aspirasi Malaysia MADANI.
“Dengan menyokong aspirasi program Malaysia MADANI, Proton bukan sahaja menawarkan servis yang lebih mampu milik, malah turut menitikberatkan aspek keselamatan dan tanggungjawab di jalan raya,” katanya.
Sementara itu, Wan Hazran Wan Mustafa, Pengarah Selepas Jualan Proton Edar, menegaskan bahawa kempen ini memberikan nilai tambah berbanding bengkel biasa kerana pelanggan bukan sahaja mendapat harga servis yang lebih kompetitif, malah turut menikmati pemeriksaan keselamatan menyeluruh secara percuma.
Kempen Servis Ihsan MADANI boleh didapati di semua pusat servis sah Proton di seluruh negara sepanjang tempoh promosi. Untuk maklumat lanjut atau membuat janji temu, pelanggan boleh melayari laman rasmi www.proton.comatau terus menghubungi pusat servis Proton berhampiran.