Proton lancar produk pelincir baharu

oleh Mohamad Hanif|
Proton baru-baru ini mengumumkan pelancaran rangkaian produk minyak pelincir yang menggunakan formulasi khas PETRONAS, merangkumi minyak sintetik penuh, minyak semi-sintetik dan minyak pelincir jenis mineral.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Produk minyak pelincir Proton ini boleh didapati dalam tahap kelikatan 5W30 SP, 5W30 SN, 10W30 SN dan 15W40 SN menerusi stokis alat ganti.

Menurut Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata, "pelancaran minyak pelincir PGO ini merupakan satu langkah baharu Proton untuk menjadi jenama automotif premium di Malaysia. Kami bekerja dengan rakan niaga untuk memastikan ia mencapai tahap yang diinginkan, serta mampu memberikan pelindungan kepada enjin-enjin Proton pada harga yang berpatutan.

Tambah beliau lagi, produk pelincir baharu ini juga boleh digunakan pada enjin baharu TGDI SUV-SUV Proton.

Harga jualan bermula dari RM78 untuk pelincir mineral 4 liter hingga RM163 untuk pelincir sintetik penuh bersaiz lima liter.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…