Proton lancarkan Stamping D Line baharu, bakal hasilkan 50 jenis komponen unik

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di kilang Proton Tanjung Malim hari ini, Proton telah melancarkan barisan pemasangan baharunya iaitu Stamping D Line yang akan tambahan baharu kepada kilang mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pelancaran barisan stamping baharu itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad semasa lawatannya ke kilang Proton Tanjung Malim.

 

2

 

Dengan pelancaran tersebut, rangkaian stamping baharu Proton bernilai RM140 juta itu kini merupakan yang terbesar di Malaysia, dan bakal bantu mengurangkan komponen import tahunan sebanyak 115,000 unit.

Kerja pembinaan bagi rangkaian stamping baharu itu telah bermula sejak bulan April 2021, dimana pemasangan mesin pula bermula pada Julai 2022 dan siap sepenuhnya pada bulan Disember 2022.

 

3

 

Stamping D Line itu mampu menghasilkan sehingga 50 jenis komponen unik, dimana ia kini dapat meningkatkan penghasilan komponen untuk model SUV secara tempatan.

Rangkaian stamping baharu itu dilengkapi dengan lima mesin berkuasa , dimana satu mesin mampu menghasilkan daya 2,500 tan, dan 2 mesin yang mampu menghasilkan daya 1,200 tan serta 1,000 tan setiap satu.

 

4

 

Rangkaian stamping baharu itu juga menggunakan enam robot untuk memindahkan bahagian antara stesen kerja yang dilengkapi teknologi IR 4.0.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…