Proton lantik Industrial Labs sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Salah satu anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn Bhd (PGS) baru-baru ini telah melantik Industrial Laboratories Sdn Bhd (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) keduanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlantikan kedua itu bertujuan untuk mengembangkan lagi penggunaan tenaga solar dalam rangkaian pengedar dan vendornya.

Ia juga merupakan sebahagian daripada inisiatif kelestarian tenaga pembuat kereta nasional yang berusaha untuk mengurangkan pelepasan karbonnya bagi meningkatkan skor ESG.

Industrial Labs ialah syarikat pembekal dan perkhidmatan solusi tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia dengan pengalaman di seluruh Asia Tenggara.

 

2

 

Semasa majlis menandatangani perjanjian tersebut, kedua-dua syarikat telah menyatakan hasrat usaha kerjasama untuk masa depan penggunaan tenaga solar di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PGS, Lee Yeet Chuan berkata, “Tenaga baharu adalah salah satu aktiviti perniagaan teras untuk PGS. Selain daripada mempromosi dan melaksanakan penggunaan tenaga solar kepada pengedar dan vendor kami."

"kami juga telah menyelia pemasangan sistem solar di kilang PROTON di Tanjung Malim yang mampu menghasilkan 12MWp dan menjana potensi penjimatan bil tenaga sehingga RM3.5 juta setahun untuk PROTON selama 25 tahun."

Pengasas Bersama dan Pengarah Syarikat Industrial Labs, Shamsul Azhar Bin Zainuddin berkata, “Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP27) di Mesir tahun lalu menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan peningkatan suhu global diminimumkan berbanding tahap pra-industri."

 

3

 

"Penyahkarbonan pengeluaran tenaga adalah salah satu inisiatif yang dipromosikan, dan itulah sebabnya kami gembira dapat bekerjasama dengan PGS kerana mempromosikan tenaga bersih seperti solar adalah satu langkah menuju ke arah yang betul.”

Menjelang 2050, Malaysia komited untuk menjadi negara dengan neutral karbon, oleh itu pengeluar jenama nasional seperti Proton akan memainkan peranan penting untuk membantu usaha tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…