Proton mahu labur bangunkan jaringan pengecasan umum, tawar unit pengecasan domestik di rumah

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan majlis tandatangan perjanjian pengedaran am antara Proton dan smart Automobile Company, Proton juga turut mengumumkan perancangan untuk melabur di dalam pembangunan jaringan pengecasan kenderaan elektrik di Malaysia menerusi kolaborasi dengan syarikat tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Kanan Strategi Proton, Yusri Yusuf berkata, buat masa ini pihaknya telah pun melakukan perbincangan dengan tujuh hingga lapan buah syarikat penyedia infrastruktur pengecasan EV.

Pihak Proton kini melihat dari dua sudut, iaitu fasiliti pengecasan umum serta pengecasan EV di rumah.

Untuk fasiliti pengecasan umum, Proton akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk menentukan perancangan terkini sebelum mengorak langkah seterusnya, termasuk perancangan untuk menyediakan fasiliti pengecasan di kawasan luar bandar bagi mengurangkan isu kebimbangan jarak.
 

smart


Proton juga merancang untuk mengadakan kolaborasi dengan penyedia pengecasan tempatan untuk menawarkan dan memasang unit pengecasan domestik di rumah untuk pelanggan yang berminat.

Malaysia bakal menjadi negara ASEAN pertama untuk menerima unit smart #1 versi pemanduan sebelah kanan yang dijangka akan mendarat menjelang suku keempat 2023 (Q4 2023), sebelum menjualnya di Thailand pada pertengahan tahun 2024.

Baca: smart #1 dilancarkan di China, dari RM126k

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…