Proton mendahului Pusat 3S/4S terbanyak beroperasi dengan 100 cawangan

oleh SALINA JALIL|
Ultra Gallant Sdn Bhd (Ultra Gallant) telah dirasmikan sebagai cawangan 3S Proton yang terbaharu di Taman Perindustrian Oakland, Seremban. Cawangan baharu ini menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat-alat ganti untuk semua jenis kereta Proton.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelaburan untuk pembukaan cawangan itu dianggarkan sebanyak RM4 juta yang terletak di kawasan yang strategik,  yang mempunyai keluasan lebih daripada 20,000 kaki yang meliputi 1.15 ekar, menjadikannya salah satu pusat 3S Proton terbesar di negeri ini.
 

Khoo Kim Hong, Pengarah Urusan Ultra Gallant Sdn Bhd berkata,"Melabur dalam perniagaan Proton adalah keputusan yang tepat. Melalui pelancaran produk-produk baharu serta pertambahan pusat sehenti untuk memenuhi keperluan pelanggan, inisiatif yang diambil oleh Proton akan menghasilkan pelaburan yang memuaskan dan memperoleh pegangan pasaran lebih besar".

 

Cawangan ini juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti ruang menunggu, WiFi percuma serta ruang permainan kanak-kanak.
 

 

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, "Dengan pembukaan cawangan baharu ini, Proton mendahului dengan mempunyai cawangan 3S/4S terbanyak di Malaysia. Proton kini mempunyai 100 cawangan yang telah dipertingkat beroperasi di seluruh negara.

 

Jumlah jualan Proton sehingga akhir bulan Julai mencecah 52,269 unit berbanding 35,561 dalam tempoh sama tahun lepas, bersamaan kenaikan sebanyak 47 peratus bagi keseluruhan jualan tahun ke tahun," tambah beliau lagi.

 

 

pic 1


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…