“Siasatan awal mendapati kereta Proton Persona dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan dan melanggar sebuah kenderaan di hadapannya yang masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.