Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dipandu mangsa dari arah Jambatan Guai menuju ke Kampung Guai.
“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbakar 80 peratus.
“Mangsa sempat dikeluarkan oleh orang awam sebelum kereta tersebut terbakar namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987.
- Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat -