Proton Putra WRC diiktiraf sebagai simpanan kekal Proton Motorsports

oleh Mohamad Hanif|
Berkat daripada kempen kesedaran terhadap pentingnya penjagaan khazanah sukan permotoran yang digerakkan oleh netizen, beberapa jentera yang menjadi sebahagian daripada sejarah sukan permotoran Proton yang sepatutnya dilelong telah pun ditarik balik oleh syarikat automotif pertama itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mujur jentera yang satu ini tidak mengalami nasib yang sama, walaupun kelibat gambarnya yang tersadai di petak parkir selama beberapa tahun itu pernah menimbulkan rasa sedih serta tanda tanya pelbagai pihak suatu ketika dahulu.

Ini kerana Proton Putra WRC kini telah diiktiraf sebagai sebuah koleksi kekal di bawah jagaan Proton Motorsports berdasarkan satu hantaran menerusi laman media sosial FB.

 


Jentera tersebut dibangunkan berdasarkan keperluan untuk memenuhi regulasi WRC terbaharu pada tahun 1997, di mana ia merupakan percubaan Proton untuk memberikan saingan kepada pasukan rali ternama seperti Subaru dan Mitsubishi.

Seperti yang pernah diceritakan sebelum ini, Proton mendapatkan bantuan daripada syarikat Prodrive untuk membangunkan Proton Putra WRC, dengan enjin asal 4G93p yang dipertingkatkan sesaran kepada 2,000 cc, pemasangan turbo, unit penyekat udara 34 mm dan sistem anti-lag.

 


Kuasa yang terhasil adalah sekitar 300 hp dengan daya kilas 400 Nm yang memacu semua roda menggunakan sistem pacuan empat roda sepenuh masa, serta kotak gear jenis sekuential.

Selain daripada itu, beberapa perubahan besar turut dilakukan seperti geometri sistem suspensi yang diubahsuai, sistem aerodinamik, casis yang diperkuat serta pengurangan berat badan bagi mencapai berat minimum 1,230 kg.

 


Jika anda perasan, Putra WRC ini lebih lebar berbanding Putra standard disebabkan jarak trek hadapan dan belakang yang telah ditambah bagi memenuhi dimensi lebar maksimum yang telah ditetapkan iaitu 1,770 mm.

Sistem brek pula adalah daripada AP Racing dengan set rim forged dari O.Z. Racing bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar rali jenis tarmac daripada Pirelli P-Zero.

 


Ruang dalaman pula menampilkan panel pintu daripada gentian karbon, roda stereng Momo, komputer trip, serta tempat duduk jenis bucket penuh yang dilengkapi tali pinggang keledar lima poin.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Gambar Proton Putra WRC ini bukanlah kali pertama dilihat oleh warga netizen, ia telah beberapa…