Para juri menilai reka bentuk reruai berdasarkan kriteria seperti kreativiti dan keunikan reka bentuk, persembahan, serta penampilan keseluruhan yang menggambarkan mobiliti masa depan.

Menerusi acara yang berlangsung di MITEC itu, Proton mempamerkan nilai teras jenamanya iaitu Teknologi Inovatif menerusi dua model SUV popularnya, iaitu Proton X70 dan Proton X50.
Dilengkapi dengan enjin 1.5TGDi yang dibina di salah sebuah kilang berteknologi tinggi di rantau ini, nadi ini bakal membantu Proton ke arah IR4.0 untuk tahap kecekapan yang optimum, memacu evolusi ke arah ketersambungan termaju, hibridisasi dan pemanduan autonomi untuk produk Proton akan datang.

Di reruai tersebut, Proton mempamerkan tiga tunjang utama seperti berikut:
- Ketersambungan - sistem operasi infohibur Altas & jam tangan pintar X-Watch
- Inovasi - trenkuasa hibrid ringan yang terdiri daripada enjin 1.5 TGDi dan sistem starter generator pacuan tali sawat (BSG).
- Kebolehpercayaan - sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang boleh dinikmati menerusi bantuan simulasi VR.