Proton Saga 1.5GL Black Knight Edition muncul juara anugerah Concours de I'Ordinaire 2021!

oleh Mohamad Hanif|
Model pertama keluaran Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton), iaitu Proton Saga telah berjaya dinobatkan sebagai juara anugerah Concours de I'Ordinaire pada acara Hagerty Festival of Unexceptional 2021 yang dianjurkan baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan satu acara khusus bagi menghargai model-model kereta yang unik dari era 60-an hingga 90-an.

Pemenang, Jon Coupland seorang pegawai polis berusia 30-an menjelaskan, Proton Saga 1.5GL Black Knight Edition tahun 1989 itu hanya dijual sebanyak 201 unit di UK, dan ia mungkin satu-satunya model yang masih lagi wujud di negara itu.

Tambah beliau lagi yang merupakan pemilik ketiga, pemilik asal Saga itu membiarkannya tersadai di dalam garaj sejak tahun 1993 sehingga 2017 disebabkan terlalu uzur untuk memandu, dengan jarak perbatuan hanyalah sekitar 5,794 km sahaja.

 

Saga


Pemilik kedua kemudian membeli dan memandu Saga tersebut sejauh hampir 16,000 km sebelum ia dijual kepada Jon.

Jon Coupland membawa pulang trofi Hagerty yang berbentuk seakan cangkir teh, sementara tempat kedua pula dirangkul oleh Danny Wilson yang memiliki sebuah Peugeot 106 XN Graduate 1991.

 

 

Sumber: Hagerty

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada video pandu uji, laman web Hagerty berjaya membariskan model pengganti Nissan 370Z…
Berita Global
Apa yang anda lihat di dalam artikel ini merupakan sebuah Countach LP 400 S tahun 1979 yang…