Proton Saga 2019 laris - 500 tempahan sehari direkodkan!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kami duga, versi terkini Proton Saga 2019 yang telah ditambah baik telah menerima tempahan memberangsangkan sebanyak 500 unit sehari, walaupun baharu sahaja lapan hari dilancarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Pemasaran Proton, Cheng Seng Fook berkata, tempahan yang menggalakkan untuk sedan ikonik itu turut disumbangkan oleh penawaran harga di bawah julat RM40,000 dengan ciri-ciri yang menarik. 

Tambah beliau lagi, kebanyakan pelanggan utama Proton Saga adalah pembeli pertama kereta yang terdiri daripada graduan ataupun golongan yang mula bekerja. 

Tahap keyakinan pelanggan terhadap Proton juga turut berubah semenjak pengenalan pertama SUV Proton X70 ke pasaran Malaysia hujung tahun lalu. 
 


Seperti yang dilaporkan, Proton Saga 2019 tampil dengan ciri-ciri yang lebih moden dan lebih selamat untuk kesemua varian yang ditawarkan. 

Tiga varian utama iaitu Standard MT, Standard AT dan juga Premium AT ditawarkan pada harga bermula dari RM32,800.

Perubahan terbesar yang dilakukan selain daripada kemasan kosmetik luaran yang moden adalah transmisi automatik empat kelajuan yang diperoleh daripada Hyundai PowerTech. 

Selain daripada itu, kesemua kini didatangkan dengan ciri Brek ABS, EBD dan Bantuan Brek (BA) secara standard selain daripada dua beg udara dan cagak ISOFIX.

Tambahan kepada varian Premium pula adalah Bantuan Mula Mendaki (HHA), sensor hadapan, kamera undur serta Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS). 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Membawakan elemen-elemen yang sama seperti adik beradiknya Iriz 2019 dan Persona 2019, Saga 2019…
Berita Domestik
Majlis pelancaran tersebut dijangka akan berlangsung pada 6 Ogos ini bakal menyaksikan Proton Saga…