Menurut laporan rakan media WapCar, kemaskini baharu itu telah mula digunakan pada model yang dihasilkan semenjak bulan Mei 2023.
Walaubagaimanapun, Proton tidak mengumumkan apa-apa mengenai perubahan spesifikasi lain, termasuk penawaran harga yang masih sama.

Pada tahun 2022, Proton telah melancarkan versi kemaskini Proton Saga dengan beberapa perubahan ciri bersifat kosmetik.
Ia masih mengekalkan nadi S4PH 1.3 liter NA yang menghasilkan 95 PS dan 120 Nm, dipadankan dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan yang kini menggunakan transmisi 4AT Aisin.
Sumber: WapCar