Proton Saga lawan arus sejauh 40 km di lebuh raya sebelum kemalangan

oleh Penyumbang Rencana|
foto dari video viral
Seorang lelaki berusia 24 tahun memandu secara melawan arus sejauh 40 kilometer (km) sebelum terlibat kemalangan di Kilometer 81.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Sungai Petani pada Sabtu.

Kejadian berlaku pada pukul 2.15 pagi itu, Proton Saga yang dipandu seorang lelaki berlanggar dengan kenderaan jenis sama yang dipandu peniaga berusia 53 tahun.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga gagal mengelak kereta dipandu pemuda itu secara melawan arus.

Walau bagaimanapun kedua-dua pemandu tidak cedera.

Pemandu yang melawan arus itu mendakwa dia terlepas simpang keluar Alor Setar Selatan ketka dalam perjalanan dari Gurun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Bacaan penuh di BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.40 petang. Komander operasi melaporkan kemalangan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan…