Proton sasar jual 800-1,000 unit smart #1 setahun

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Proton telah menandatangani perjanjian pengedaran am dengan smart Automobile Company di mana Proton bakal mengedar dan menjual kenderaan tenaga baharu berjenama smart pada suku keempat tahun hadapan (Q4 2023).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, selepas pasaran Malaysia, smart akan menembusi pasaran Thailand menjelang separuh kedua tahun 2024.

Ini bermakna, Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang menerima unit smart #1 versi pemanduan sebelah kanan (RHD), berbanding unit pemanduan sebelah kiri yang dilancarkan di China baru-baru ini.

Proton menyasarkan jualan model smart #1 sebanyak 800 hingga 1,000 unit setahun, dengan jumlah jualan keseluruhan mencecah 10,000 unit menjelang tahun 2027.

"Apa yang ditawarkan oleh smart merupakan sebuah produk premium, jadi apabila anda mempunyai penawaran produk premium berbanding jenama EV yang lain, saya fikir agak sukar untuk meletakkan produk tersebut di bawah julat RM150,000.

Tidak seperti produk-produk Proton sedia ada, untuk model smart #1 ini Proton menyasarkan kumpulan pembeli muda yang berusia antara 25 hingga 35 tahun serta memiliki kemampuan untuk memandu kereta dengan julat harga lebih daripada RM200,000.

Baca: smart #1

Berita Berkenaan

Berita Domestik
smart #1 telah mengukuhkan kedudukannya di kedudukan ke-3 dalam kategori SUV EV untuk harga kereta…
Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…