Proton sasarkan angka jualan 100K untuk tahun 2020

oleh SALINA JALIL|
Pertandingan Memberi Inspirasi atau Intelligence that Inspires Challenge anjuran PROTON telah berakhir pada 29 Julai 2019 di mana 12 kumpulan telah bersaing dan membuat pembentangan akhir mereka di hadapan tujuh orang juri yang terdiri daripada pengurusan kanan Proton, pakar industri
pemasaran dan pengamal media.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pemenang keseluruhan bagi pertandingan ini adalah kumpulan Eureka dari Politeknik Port Dickson, di ikuti di tempat kedua kumpulan Alpha dari Taylor's Lakeside Campus dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Alpha Visionaries dari UTAR Kampar.

 

Menurut Cheng Seng Fook, Pengarah Jualan dan Pemasaran Proton, selaku Ketua Juri dipertandingan tersebut berkata, "Panel Juri memilih pemenang berdasarkan idea kreativiti yang asli dan tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh setiap kumpulan". 

 

Semasa majlis penyampaian hadiah pada majlis tersebut, Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton telah berkongsi pelan perancangan bagi tahun 2020

 

Beliau berkata untuk tahun 2019, angka jualan telah meningkat sebanyak 61 peratus untuk enam bulan pertama tahun ini, mengatasi semua pesaing industri serta Jumlah Keseluruhan Industri (TIV).

 

Proton kini telah mengakhiri tiga bulan berturut-turut ditempat kedua dalam jadual jualan dan kini hanya berada beberapa ratus unit di belakang jenama saingan Jepun iaitu Honda untuk jualan keseluruhan tahun ini. Sasaran seterusnya adalah untuk mengakhiri tahun ini di tempat kedua.


"Proton mensasarkan untuk menjual lebih daripada 100,000 unit kereta pada tahun 2020 dan kami juga berhasrat untuk mencapai skor tertinggi di dalam kelas bagi Indeks Khidmat Pelanggan (CSI) dan Indeks Khidmat Jualan (SSI).

Untuk mencapai matlamat ini, kami juga berniat untuk menambah jumlah cawangan 3S/4S dari 100 kepada 150 sehingga hujung tahun ini.

Proton juga akan terus meningkatkan kualiti produknya dan matlamat jangka panjang kami adalah untuk selari dengan skor pemeriksaan kualiti Geely. Gabungkan unsur-unsur ini dengan pengenalan produk-produk baharu Syarikat, saya yakin Proton mempunyai pelan yang kukuh untuk kembali berada di atas," kata Dr Li Chunrong lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…