Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PICSB ialah Edmund Lim Meng Thong, bekas Pengarah Bahagian Jualan Antarabangsa Proton. Beliau bertanggungjawab mengetuai pelan pertumbuhan agresif dengan sasaran peningkatan jualan eksport sepuluh kali ganda dalam tempoh lima tahun.
Menurut Proton, eksport akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan. Setakat ini, syarikat telah menghantar 20,169 unit kenderaan ke 19 negara sejak 2020, menjadikannya pengeksport automotif terbesar Malaysia. Negara sasaran merangkumi ASEAN, China, India, Timur Tengah, dan Afrika Utara.
PICSB menyasarkan jualan 6,000 Unit Pada 2025 Dan Gandakan Angka Tersebut Pada 2026 Beroperasi sebagai anak syarikat milik penuh PROTON, cawangan antarabangsa ini menyasarkan jualan eksport sebanyak 6,000 unit tahun ini, dengan sasaran untuk menggandakan angka tersebut tahun depan dan melebihi sepuluh kali ganda jumlah itu menjelang 2030. Pada masa ini, PROTON mengeksport ke 19 buah negara, termasuk Brunei, Fiji, Papua New Guinea, Trinidad & Tobago, Singapura, Bermuda, Bangladesh, Nepal, Pakistan, Mauritius, Sri Lanka, Mesir, Iraq, Ghana, Angola, Kenya, Afrika Selatan, Mozambique, dan Zimbabwe.
Edmund Lim berkata, “Pendaftaran rasmi Proton International Corporation Sdn Bhd menandakan detik penting, mengukuhkan tumpuan dan meningkatkan ketangkasan kami untuk mendorong perluasan global. Kami menetapkan sasaran yang tinggi untuk beberapa tahun akan datang. Untuk mencapai sasaran itu, kami sedang giat mengambil lebih ramai tenaga kerja untuk pasukan jualan dan pemasaran serantau kami. Kami juga teruja dengan kemajuan yang dicapai di Automotive High Tech Valley (AHTV), yang akan meningkatkan keupayaan pengeluaran kami untuk memenuhi permintaan antarabangsa yang semakin meningkat.”
Dengan langkah ini, Proton mengukuhkan lagi misi untuk menjadi jenama automotif global berpaksikan teknologi inovatif, kebolehpercayaan dan piawaian antarabangsa.