Proton Wira terbenam angkara jalan berlubang

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kereta Proton Wira yang dipandunya terbenam ke dalam sebuah lubang akibat mendapan jalan raya di Jalan Lampam, Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang semalam.


Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8 pagi itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Insiden itu turut mengakibatkan kawasan Kampung Pasir Putih, di sini terputus bekalan air selama kira-kira empat jam.

 

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, pihak Ranhill SAJ Sdn. Bhd. kini berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja pembaikan dengan segera.

 

“MBPG telah meminta SAJ membaiki kembali paip serta membuat turapan di laluan berkenaan pada hari ini juga.

 

“Hal ini kerana laluan itu merupakan laluan utama yang menghubungkan beberapa kawasan di Pasir Gudang.

 

“Selain itu, kita turut meminta bantuan syarikat konsesi untuk sentiasa bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan sekiranya diperlukan,” katanya ketika dihubungi pemberita.

 

Terdahulu, kejadian berkenaan tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

 

Tambah Asman Shah, kerja membaiki paip air yang pecah dijangka akan dapat disiapkan hari ini manakala kerja penurapan jalan akan dilakukan kontraktor pada esok.

 

 

 

- K! ONLINE.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan dijalankan mendapati kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu berlaku ketika anggota…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
"Semasa tangkapan dibuat, pemandu Proton Wira itu tidak mengalami kecederaan selepas terlibat…