Proton X50 - boleh dijual di bawah RM50k dan guna enjin 1.4L turbo? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Geely mungkin menggunakan enjin 1.4L turbo baharunya untuk Proton, jika ujian-ujian membuktikan unit itu boleh digunakan di dalam keadaan pemanduan dan cuaca Malaysia.

Di China, model Geely Binyue Pro telah dilancarkan dengan menggunakan enjin yang baharu 1.4 liter 4-silinder petrol dengan kuasa turbo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia menghasilkan 141 PS dan 235 Nm, bermakna prestasinya adalah lebih rendah dari enjin 1.5L turbo 3-silinder Binyue yang memberikan 177 PS dan 255 Nm (lebih berkuasa dari enjin 1.4L TSI Volkswagen sebenarnya dan dari enjin 1.6L Campro CFE Turbo).

Binyue Pro adalah varian kemasukan untuk model Binyue dan harganya bermula dari RM49,000 sehingga RM56,000.

 

 

Adakah mungkin Proton X50 menggunakan enjin itu dan dijual dengan harga serendah itu?  

Geely nampaknya mampu menurunkan harga kenderaan Proton dengan mudah dan ini terbukti dengan penurunan harga Saga, Iriz dan jugaGeely X70.

Dengan enjin baharu mereka ini,  tidak ada masalah Proton X50 dijual dengan harga yang sama seperti Geely Binyue Pro kerana kos pembuatan enjin itu boleh dikongsi dengan pasaran yang meluas di China.

Proton mempunyai pasaran yang kuat di Malaysia dan di Asean dan dengan harga yang rendah, ia mampu menguasai pasaran untuk SUV kecil.

Enjin 1.4L itu juga boleh digunakan untuk model-model Proton yang memerlukan "nafas" baharu seperti Iriz dan Persona.

Namun begitu, ia juga terpulang kepada berapakah julat keuntungan yang mahu diambil oleh Geely.
 

* Artikel ada menggunakan informasi dari laporan Wapcar.my berkaitan Boyue Pro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…