Proton X50 kini boleh dilanggan di Flux, serendah RM1,995/bulan!

oleh Mohamad Hanif|
Kehadiran SUV baharu Proton X50 turut mengundang sedikit keluhan di kalangan peminatnya, di mana ada yang terpaksa menunggu sehingga enam bulan untuk menantikan model pilihan mereka.

Bagi mereka yang tidak sabar menanti, Proton X50 kini boleh didapati menerusi program langganan Flux dengan dua varian disediakan, iaitu Flagship dan Premium.

Harga langganan pula bermula serendah RM1,995 per bulan untuk tempoh langganan selama 36 bulan, di mana harga tersebut turut merangkumi cukai jalan, insurans, kos servis serta penggantian barangan pakai lusuh.

 


Menerusi Concierge, Flux turut menawarkan perkhidmatan penghantaran dari pintu-ke-pintu untuk memastikan Proton X50 selamat sampai ke tangan pelanggan dalam tempoh tujuh hari, dan ia juga turut merangkumi urusan penyelenggaraan dan dokumen.

Selain daripada itu, semua kenderaan di bawah program Flux datang dengan jaminan bantuan tepi jalan tanpa had 24/7, bantuan kecemasan dan perlindungan terhadap kes kecurian.

Di akhir tempoh langganan, pelanggan yang masih lagi ingin menyimpan Proton X50 boleh membelinya dengan nilai jaminan RM78,000 di bawah program Subscribe to Own.

 


Proton X50 juga turut tersedia di bawah program langganan korporat menerusi Flux Business Class.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://driveflux.com atau talian Flux Customer Services di 03-6411 5611 atau [email protected]

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi mereka yang mempunyai kereta simpanan yang jarang-jarang digunakan, anda sebenarnya boleh…
Berita Domestik
  Untuk X50 Flagship, langganan bulanan boleh dibuat dari RM1,995 untuk tempoh 36 bulan (3 tahun)…
Berita Domestik
  Mengikut kaji selidik pasaran yang telah dilakukan oleh FLUX, berikut adalah sasaran pelanggan…