Maklum balas awal daripada pemilik juga sangat positif, membuktikan Proton berjaya menghasilkan model yang bukan sekadar bergaya tetapi juga memenuhi keperluan sebenar pemandu Malaysia melalui gabungan reka bentuk moden, teknologi pintar dan nilai yang kompetitif.

Pilihan Naik Taraf untuk Gaya Hidup Moden
Proton X50 kini menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin beralih kepada SUV pintar dengan ciri keselamatan dan keselesaan terbaik. Tinjauan menunjukkan ramai pembeli merupakan pemilik kereta kedua dalam keluarga berusia pertengahan 40-an hingga awal 50-an yang mencari kenderaan tambahan untuk kegunaan harian dan hujung minggu.
Gabungan enjin 1.5TD Berprestasi Tinggi yang responsif dengan reka bentuk luaran sporty dan kabin lebih praktikal menjadikan X50 kekal menonjol dalam pasaran yang kian sengit.

Teknologi Termaju Dalam Kelasnya
Antara tarikan utama X50 ialah sistem infotainmen 14.6 inci, terbesar dalam kelasnya, dengan antara muka pintar yang menyokong pengecaman suara dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sistem kamera 360˚ definisi tinggi pula hadir dengan pandangan lutsinar 180˚ bagi memudahkan pemanduan di kawasan sempit atau kesesakan bandar.

Gabungan teknologi ini bukan sekadar menambah kemudahan tetapi turut mengukuhkan reputasi X50 sebagai SUV paling disyorkan dalam segmennya.

Komitmen PROTON Terhadap Pelanggan
PROTON menegaskan komitmennya untuk terus mempertingkat pengalaman pemilikan melalui inisiatif selepas jualan, program komuniti dan kerjasama strategik baharu. Model ini bukan sekadar kenderaan tetapi simbol gaya hidup moden rakyat Malaysia, sama ada untuk profesional muda mahupun keluarga berbilang generasi.
Menurut Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, “Kepuasan pelanggan sentiasa menjadi matlamat utama kami. Maklum balas positif terhadap Proton X50 menunjukkan kepercayaan rakyat terhadap produk PROTON, sekaligus mendorong kami untuk terus menetapkan standard baharu dalam semua segmen.”