SUV Proton X50 akan menjadi produk kedua yang bakal diperkenalkan oleh Proton selepas pelancaran rasmi X70 CKD yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Beberapa model prototaip Proton X50 telah pun dikesan sedang diuji di bererapa lokasi sejak tahun lalu, dan bakal membawakan elemen yang menjadi kelaziman pada model-model Proton masa kini seperti rekaan gril Infinite Weave.
Di negara asal, Geely Binyue didatangkan dengan nadi 1.0 liter turbo (134 hp/205 Nm) dengan transmisi manual enam kelajuan atau enjin 1.5 liter yang menghasilkan 174 hp dan 255 Nm dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.
Harga jualan pula masih lagi dalam tekaan rakyat Malaysia yang menginginkan harga jualan jauh lebih rendah berbanding Proton X70.