Proton X50 SUV paling laris Julai 2022, 4763 unit terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Proton X50 mencatat rekod jualan bulanan sebanyak 4,763 unit bagi Julai 2022 untuk menjadi kenderaan terlaris di Malaysia, mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV).

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton Holdings Bhd berkata pencapaian itu juga merupakan kali pertama kenderaan tersebut mendahului pasaran keseluruhan dalam jumlah jualan.

Pengeluar kereta nasional itu menjual sejumlah 11,477 unit meliputi enam model pada Julai, iaitu Proton X50 adalah yang paling laris, diikuti oleh Proton Saga sebanyak 4,521 unit.

Jualan keseluruhan Proton setakat ini adalah 71,601 unit, peningkatan sebanyak 19.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021, katanya.

“Jumlah keseluruhan volum industri bagi bulan Julai dianggarkan sebanyak 50,500 unit," katanya.

Menurut kenyataan itu, eksport bagi tahun 2022 setakat ini telah meningkat kepada 3,102 unit, dengan 380 unit pada Julai, melepasi 3,018 unit jualan yang dieksport untuk keseluruhan 2021.

Proton Saga, Proton X70 dan Proton X50 kekal sebagai model eksport utama, katanya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata pencapaian dan kelarisan jualan Proton dalam segmen lain menunjukkan rancangan perniagaan syarikat berada di landasan yang tepat.

“Pelonggaran sekatan perdagangan global telah menjadi rangsangan besar bagi bahagian eksport Proton. Dengan baki lima bulan lagi, syarikat menyasarkan tahun ini menunjukkan pertumbuhan peratusan dua angka walaupun kami peka dengan isu ekonomi yang dihadapi di pasaran luar negara,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…
Informasi
  Penawaran SUV juga mengubah pandangan dan penerimaan pengguna terhadap jenama nasional itu.…
Berita Domestik
Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun  2023…