Proton X70 MC 2022, enjin lagi kecil dan larat ke bawa badan SUV?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Proton X70 MC 2022
Proton X70 MC 2022
Pada Jun lalu PROTON telah memperkenalkan X70 MC (perubahan kecil) selepas hampir empat tahun di pasaran.

Populariti X70 memang tidak boleh disangkal dengan jualan sudah pun melebihi 70 ribu unit.

Untuk sebuah kereta pada julat harga enam angka ianya satu jumlah yang tinggi.

Satu aspek menarik tentang X70 MC ialah penurunan enjin dari 1799 cc turbo empat silinder kepada 1477 cc turbo tiga silinder.

Sesaran turun, silinder pun dikurangkan satu!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Proton X70 MC 2022

 

Enjin 1.8 liter dan 1.5 liter

Kuasa enjin 1.8 liter JLE-4G18TD ialah 184 ps pada 5,500 rpm dan daya kilas 300 Nm dari 1,750 hingga 4,400 rpm.

Enjin itu dipadan bersama transmisi automatik enam kelajuan dan pilihan pacuan dua roda (2WD) atau empat roda (4WD).

Proton pada tahun 2020 memperkenalkan transmisi automatik tujuh kelajuan dua klac jenis basah.

Sekarang mari kita lihat X70 MC pula. Enjin 1.5 liter JLH-3G15TD berkuasa 177 ps pada 5,500 rpm dan daya kilas 255 Nm dari 1,500 hingga 4,000 rpm.

Enjin itu dipadan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan dua klac.

 

Proton Engine Plant Tanjung Malim

 

Di atas kertas memang jelas kuasa enjin 1.5 liter X70 MC lebih rendah dan bolehkah ianya membawa berat lebih 1.6 tan?

Pertama sekali, enjin 1.5 liter turbo tiga silinder sudah menjadi kebiasaan untuk pengeluar hari ini termasuk jenama premium.

Di sini lah penalaan dan penyesuaian memainkan peranan penting dan tidak hairan mengapa unit samaran X70 banyak kali ditemui.

Ujian naik turun Gombak, Karak dan Genting Highlands itu wajib!

 

Proton 1.5L TGDi

 

Berdasarkan pengalaman Careta menguji pandu X70 MC ke Desaru, Johor, kuasa enjin 1.5 liter itu mencukupi selain suasana kabin yang lebih senyap.

Proton turut menala semula suspensi bagi menyesuaikan dengan berat baharu enjin.

Di bawah digariskan beberapa ciri enjin 1.5 liter X70 MC:

  • Enjin 1.5 liter sama seperti X50 TGDi
  • Kuasa lebih rendah namun julat daya kilas dirasai awal pada 1,500 rpm
  • Enjin lebih ringan dengan tiga silinder iaitu 113 kg berbanding 156 kg pada enjin 1.8 liter
  • Pecutan 0-100 km/j dalam 9.8 saat atau kurang 0.3 saat berbanding X70 1.8 liter
  • Penggunaan bahan api tujuh peratus lebih baik
  • Penutup enjin yang diperbuat dari poliuretana dan menebat bunyi
  • Penggunaan aci pengimbang bagi mengurangkan gegaran enjin dan roller bearings mengurangkan geseran enjin untuk kecekapan mekanikal
  • Transmisi turut ditala semula 

 

Proton X70 MC 2022

 

Selain enjin baharu, PROTON turut mengemaskini X70 dengan beberapa perubahan kosmetik seperti berikut:

  • Gril Infinite Weave, perumah kanan dan kiri bampar, garnish plat dan skid plate belakang warna hitam kilat
  • Bahagian bawah bampar depan dan perumah lampu LED warna perak
  • Cermin sisi warna Quartz Black
  • Dua corak roda baharu 19 inci dan 18 inci
  • Siling bumbung warna hitam

Asyik bercerita tentang enjin 1.5 liter, PROTON sebenarnya masih mengekalkan enjin 1.8 liter yang dipadan bersama pacuan 2WD dan merupakan varian tertinggi.

 

Proton X70 MC 2022

 

Turut menarik, PROTON kembali menawarkan pacuan 4WD dan kali ini untuk sesaran enjin 1.5 liter sahaja.

Berkenaan harga, nilai dan pakej yang ditawarkan PROTON sememangnya berbaloi dan di bawah disenaraikan varian dan harga Proton X70 MC:

X70 1.5 TGDi

  • Standard 2WD: RM98,800
  • Executive 2WD: RM110,800
  • Executive AWD: RM116,800
  • Premium 2WD: RM123,800

X70 1.8 TGDi

  • Premium 2WD: RM128,800

 

Proton X70 MC 2022

 

Seperkara lagi, enjin 1.5 liter pada X70 dan X50 ini bukan semata-mata enjin sahaja. PROTON mempunyai perancangan besar dan ianya dipasang di Tanjung Malim, Perak. 

Barisan pemasangan itu baru sahaja dibuka dengan keluasan 18,000 meter persegi dan kapasiti pengeluaran maksimum 180,000 unit setahun dalam tiga giliran.

Ianya juga kemudahan pemasangan pertama di luar China untuk enjin 1.5 liter TGDi.

 

Proton Engine Plant Tanjung Malim

 

Selain itu, 30 peratus kandungan enjin 1.5 liter TGDi adalah dari dalam negara dan 72 komponen dibekalkan oleh 19 syarikat tempatan dan empat vendor ASEAN.

Mungkinkah juga model-model lain PROTON akan menggunakan enjin 1.5 liter TGDi?

Kenapa tidak, cukai jalan pun rendah!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Proton Engine Plant Tanjung Malim

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…