Proton X70 model pertama dapat integrasi pembayaran Pay & Go dalam skrin infohibur ATLAS

oleh Mohamad Hanif|
ACO Tech hari ini mengumumkan integrasi aplikasi pembayaran Pay & Go ke dalam perisian infohibur IHU ATLAS yang digunakan pada model-model terpilih Proton.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Pay & Go merupakan aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak yang boleh digunakan untuk pembayaran caj tempat letak kereta tanpa perlu menggunakan tiket parkir fizikal.

Aplikasi ini juga turut memanfaatkan teknologi pengecaman nombor plat, di mana pengguna boleh membuat pembayaran terus daripada skrin paparan kenderaan sebelum keluar dari premis parkir.
 

atlas

 

Selain daripada Pay & Go, pengguna juga boleh membayar menggunakan aplikasi S Pay Global, atau membayar terus menggunakan akaun e-dompet ATLAS Pay.

Bermula 4 Oktober, Proton X70 dengan IHU ATLAS menjadi model pertama menggunakan integrasi inovatif ini, di mana model-model siri X yang lain akan menerima ciri yang sama menerusi kemaskini over-the-air (OTA) kelak.

Difahamkan, perkhidmatan Pay & Go sudah tersedia di 28 buah lokasi terutama di Kuching, dan akan diperluaskan di lebih banyak lokasi termasuk Lembah Klang.