SUV 3 baris tempat duduk itu ditawarkan dengan 4 varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship, dimana ia memiliki konfigurasi 7 tempat duduk dan 6 tempat duduk khas untuk varian Flagship.
Dari segi keselamatan, X90 didatangkan standard dengan 6 beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Anti-lock Braking System (ABS), Seatbelt Reminder System (SBR), Blind Spot Detection (BSD), Child Presence Detection (CPD) dan teknologi Pedestrian Protection.
Ia turut ditawarkan dengan ciri bantuan tambahan mengikut varian seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), AEB Inter-Urban, AEB Pedestrian, Lane Keep Assist (LKA), Forward Collision Warning (FCW), Lane Departure Warning (LDW), Emergency Lane Keep Assist (ELKA).
X90 juga didatangkan dengan tambahan 3 ciri baharu Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Traffic Sign Information (TSI) dan Rear Collision Warning (RCW), yang pertama kali digunakan untuk model Proton.
Laporan dari ASEAN NCAP menunjukkan bahawa Proton X90 telah menerima penarafan 5 bintang dalam ujian penilaian kemalangan yang telah dilakukan.
Di bawah protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025, kereta akan diuji berdasarkan 4 kategori iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Bantuan Keselamatan (SA) dan Keselamatan Penunggang Motosikal (MS).
Proton X90 telah menerima skor keseluruhan sebanyak 83.75 mata, berikut merupakan kategori markah yang diterima Proton X90 2023:
- Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 37.75 mata dari 40 mata keseluruhan
- Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 17.79 mata dari 20 mata keseluruhan
- Bantuan Keselamatan (SA) - 15.71 mata dari 20 mata keseluruhan
- Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 12.50 mata dari 20 mata keseluruhan
Dengan protokol ASEAN NCAP yang semakin ketat, Proton X90 memperoleh skor keseluruhan 83.75 mata dan melayakkannya untuk menerima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP.
Baca: Proton X90 dilancarkan secara rasmi
Sumber: ASEAN NCAP