Prototaip Land Rover Defender 2020 kini cecah jarak ujian 1.5 juta kilometer!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahukah anda, sebenarnya setiap 30 April Land Rover menyambut sebuah hari khas yang digelar World Land Rover Day? 

Ia disambut bersempena pengenalan rasmi Land Rover Series 1 di acara Amsterdam Motor Show pada 30 April, 1948 dan semenjak daripada itu, tarikh tersebut merupakan tarikh keramat bagi para peminat siri Land Rover. 

Untuk sambutan tahun ini, Land Rover telah menerbitkan beberapa buah gambar ujian bagi generasi terbaharu Land Rover Defender yang khabarnya telah pun mencapai jarak ujian sejauh 1.5 juta kilometer!

 


Fasa pembangunan Defender baharu ini merangkumi kira-kira 45,000 ujian berasingan yang dijalankan di serata dunia, termasuklah ujian altitud pada ketinggian 3,048 meter di Pergunungan Rocky, Colorado. 

Selain daripada itu, Defender juga turut diuji di kawasan bersuhu setinggi 50 darjah Celcius, dan kawasan sejuk beku di Bulatan Arctic.

Model prototaip Defender dijangka akan dihantar untuk ujian fasa akhir dengan organisasi Tusk Trust di Kenya.
 


Jika anda tidak pernah mendengar nama tersebut, ia sebenarnya merupakan sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan dari Britain bagi melindungi hidupan liar Afrika. 

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Defender ialah menunda beban yang berat, meredah lintasan sungai dan meredah jalan yang disifatkan oleh Land Rover sebagai "bentuk muka bumi yang tidak dapat dilupakan".
 


Jika merujuk kepada gambar-gambar tersebut, anda tidak perlu risau akan kemampuan dan keupayaan off-road sebenar Defender kerana Land Rover tidak mahu Defender generasi baharu melupakan asal-usul DNA sebuah Defender. 

Land Rover Defender bakal mengikut resepi asal Defender, didatangkan dengan konfigurasi jarak antara roda pendek dan panjang, serta versi trak pikap kabin tunggal yang dijangka akan turut hadir dan masih di dalam fasa pembangunan. 
 


Defender akan membuat kemunculan rasmi tidak lama lagi, manakala terdapat laporan daripada media yang menyatakan ia bakal diperkenalkan pada September ini. 

Baca: Land Rover Defender di Litar Nurburgring

Baca: Adakah ini rupa dalaman Land Rover Defender?

Baca: Enam Fakta Land Rover Defender 2020

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…