Namun, mereka yang berada di dalam golongan tangan gatal perlu mengambil inisiatif berjumpa dengan 'tok bomoh' Chelsea Truck Company untuk mengubati masalah tersebut.

Syarikat yang dimiliki oleh Kahn Automobiles itu kini mempunyai solusi yang mampu menjadikan penampilan Defender 90 lebih garang, dinamakan sebagai Prototype X.
Untuk permulaan, Defender 90 ini dipadankan dengan kit badan lebar, bermula dari bampar hadapan, sehinggalah kepada fender flare berlapis pada bahagian depan dan belakang.

Rekaan bampar baharu telah menjadikan unit lampu utama asal Defender menjadi lebih nipis dan lebih agresif.
Selain itu, Defender 90 ini telah dipadankan dengan hud gentian karbon, spoiler bumbung sirip berkembar, bar lampu LED pada bahagian bumbung, rim tempa bersaiz 22 inci, dan warna satin black.

Unit Defender 90 yang ditala oleh Chelsea Truck ini menggunakan asas daripada Defender 90 P400 X-Dynamic yang dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris 3.0L menghasilkan 395 hp dan daya kilas 550 Nm.
Satu-satunya unit prototaip yang dihasilkan oleh Chelsea Truck kini sedia untuk dijual kepada pengumpul, dengan harga bermula dari £105,000 (RM604,265).