PRU-15: Jualan tiket bas bagai 'goreng pisang panas'

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sepertimana yang kita ketahui pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis lalu telah menetapkan bahawa tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 adakan berlangsung 19 November 2022 dan sudah pasti para pengundi yang berada di perantauan akan kembali ke kampung halaman untuk menjalankan kewajipan lima tahun sekali ini!


Dengan pengumuman itu juga, para pengundi mula mengatur perjalanan samada memandu sendiri, menaiki kapal terbang atau menaiki bas.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Mengikut laporan dari Harian Metro, jualan tiket bas terutama dari Lembah Klang ke Kelantan paling laris dengan rekod jualan melebihi 80 peratus.


Kebanyakan pengundi membeli tiket untuk pulang bermula dari 16 hingga 18 November.


Izani Zakaria yang merupakan ejen jualan tiket bas ekspres berkata, sebaik pengumuman SPR, beliau menerima banyak panggilan sehingga malam tadi bertanyakan tiket bas.


Menurut beliau lagi terdapat 30 bas dari Lembah Klang ke Kelantan disediakan dan telah hampir penuh dan cuma tinggal antara 10 hingga 15 kerusi sahaja yang masih kosong setakat Jumaat.


Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail pula berkata, sambutan terhadap jualan tiket memang meriah terutama dari Lembah Klang.


Hanya tinggal satu bas sahaja lagi yang masih mempunyai kekosongan pada 18 November,  manakala sembilan bas lagi sudah penuh menurutnya lagi.


"Kita jangka mungkin hari ini (Jumaat) akan habis dari Lembah Klang, namun dari negeri lain masih ada kekosongan," katanya.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata bas…
Berita Domestik
  “Antara inisiatif untuk kurangkan kesesakan di terminal adalah konsep tanpa kertas guna kod QR…