PRU15 - Beberapa jalan di Hulu Langat, Bangi ditutup secara berperingkat Sabtu ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Malaysia Gazette
Beberapa jalan bagi kawasan Hulu Langat dan Bangi akan ditutup bagi memastikan kelancaran aliran trafik pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 pada Sabtu ini.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, penamaan calon bagi P.101 Hulu Langat dan P.102 Bangi akan melibatkan beberapa kawasan iaitu Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian dan Dewan Utama Demesne, Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat, Bangunan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Persiaran Pusat Bandar 1, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Bagi Parlimen Hulu Langat, lokasi penutupan jalan melibatkan Jalan Impian Perdana bermula dari persimpangan Impian Perdana/Jalan Impian Perdana/Jalan Impian 1 akan ditutup bermula jam 12.01 pada Sabtu.

 

"Bagi lain-lain jalan seperti Jalan Impian Indah, Jalan Impian Perdana, Jalan Persiaran Saujana Impian akan ditutup secara berperingkat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

 

Bagi Parlimen Bangi penutupan melibatkan Jalan Persiaran Bandar 1 bermula dari lampu isyarat Persiaran Bandar dan lampu isyarat Persiaran Kemajuan akan ditutup pada jam 12.01 pada Sabtu.

 

"Lain-lain laluan seperti Persiaran Bandar, Jalan Persiaran Kemajuan, persimpangan Jalan Persiaran Bangi 1, Persiaran Bangi 1/Persiaran Pusat Bandar 1 akan ditutup secara berperingkat.

 

"Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi memastikan kelancaran aliran trafik semasa hari penamaan calon kelak," katanya.

 

 

MG

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…
Informasi
Beliau berkata, jalan yang terlibat antaranya Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng…
Informasi
Beliau berkata bagi memastikan kelancaran dan keselamatan orang ramai terpelihara, pihak polis akan…