PRU15 - Tiga jalan di Putrajaya ditutup sempena penamaan calon

oleh Penyumbang Rencana|
Tiga jalan di sini akan ditutup sementara pada Sabtu semasa hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Putrajaya.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, penamaan calon ini bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 9 dan penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat mulai jam 8 pagi hingga proses penamaan calon selesai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Jalan-jalan yang akan ditutup adalah Jalan Presint 9C bermula lampu isyarat Petronas 9D sehingga lampu isyarat Jalan P9C/1 (Fasa 8), Jalan Presint P9A bermula dari Petronas P9A hingga Jalan Presint P9C serta Jalan Presint 9F bermula SKPP9(1)/Klinik Kesihatan P9 hingga Jalan Presint P9C," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

 

Beliau berkata, pengguna jalan raya serta penghuni Fasa 10 dan Fasa 11 Presint 9 khususnya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif ke destinasi masing-masing selain patuh dan akur kepada arahan polis bertugas.

 

Seramai 269 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya akan diatur gerak semasa hari penamaan calon.

 

Beliau juga menasihati para calon dan wakil calon mengawal emosi para penyokong untuk tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap penyokong parti lain.

Berita Berkenaan

Informasi
  “Pihak pengurusan feri mengambil inisiatif membantu kerajaan untuk memudahkan orang ramai pulang…
Informasi
  Prasarana dalam satu kenyataan berkata, tambang percuma ini meliputi perkhidmatan Rapid KL,…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, PLUS mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk Lebuhraya…