PSKLM, Kelab PLUS Malaysia hulur sumbangan RM50,000 kepada petugas PPVI PLUS

oleh Mohamad Hanif|
Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dan Kelab PLUS Malaysia baru-baru ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada para petugas sukarelawan Pusat Pemberian Vaksinasi Integrasi (PPVI) PLUS Malaysia Berhad.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Upacara penyampaian cek bernilai RM30,000 disempurnakan oleh Datuk Azman Ismail selaku Yang Di-Pertua PSKLM, sementara presiden Kelab PLUS, Nizam Ismail pula menghulurkan cek bernilai RM20,000 kepada Dr. Rahimie Sayutti dari Primer Cherang, rakan penasihat perubatan PPVI PLUS, dan disaksikan oleh YB Khairy Jamaluddin semasa lawatannya ke Persada PLUS.