Pulau Redang, Perhentian terima bot ambulans baharu

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Utusan Online
Perkhidmatan kesihatan dua pulau peranginan iaitu Pulau Redang, Kuala Nerus dan Pulau Perhentian, Besut terus diperkasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pemberian dua bot ambulans baharu.


Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, dua bot ambulans baharu terbabit merupakan penambahan kepada bot sedia ada yang sudah agak daif dan uzur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Beliau berkata, sebelum ini, kedua-dua pulau peranginan tersebut masih memiliki sebuah bot ambulans yang semakin uzur dan juga bersaiz kecil.

 

“Sering kali ia tidak mampu membawa pesakit dari dua lokasi terbabit untuk mendapatkan rawatan penyakit kronik dan kritikal di hospital berdekatan di tanah besar ekoran gelombang besar terutama pada musim tengkujuh.

 

“KKM terpaksa meminta bantuan agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Maritim Malaysia (APMM) untuk melakukan pelayaran ihsan bagi tujuan itu,” katanya di limbungan pelepasan di Seberang Takir pada Khamis.

 

Terdahulu beliau menyerahkan kedua-dua bot ambulans masing-masing kepada wakil Klinik Kesihatan Kuala Nerus dan Klinik Kesihatan Besut.

 

Bot ambulans baharu berkenaan yang berkapasiti 10 penumpang boleh digunakan walaupun pada keadaan ombak sederhana pada monsun Timur Laut. 

 

 

Utusan Online