Pusat 3S baharu Mitsubishi Motors Malaysia dibuka secara rasmi di PJ!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia secara rasmi membuka pusat pameran 3S serba baharu yang terletak di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) merupakan pusat pameran yang keempat dikendalikan oleh Ingress Motors Centre (IMC) di mana tiga pusat terawal dibuka di Puchong, Bangi dan Shah Alam.

Ia menampilkan identiti korporat baharu Mitsubishi Motors menerusi tagline global 'Drive Your Ambition', membawakan komitment Mitsubishi  Motors dalam membawakan nilai dan aspirasi kepada para pelanggan mereka.

Dengan pelaburan bernilai RM1.25 juta, pusat 3S tersebut dibina tas tanah berkeluasan 34,000 kaki persegi dan menawarkan kemudahan seperti ruang menunggu yang dilengkapi sambungan Wi-Fi, serta ruang pameran yang mampu memuatkan sehingga empat buah kereta pada satu-satu masa.

 


Pusat servis yang lengkap dengan peralatan moden itu juga menempatkan sehingga 12 ruang servis bagi memenuhi keperluan para pelanggan di sekitar kawasan tersebut.

Pusat 3S baharu itu terletak di alamat: No. 13, Jalan 225 Section 51A, 46100 Petaling Jaya.  

Sehingga kini, MMM mempunyai 52 buah pusat pameran (46 daripadanya merupakan pusat pameran 3S) dan 52 outlet servis di seluruh Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
“Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan. “Pihak…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…