Pusat 3S Proton baharu dibuka di Kota Kinabalu

oleh Mohamad Hanif|
Harapan Maju Sdn Bhd (Harapan Maju) secara rasmi membuka pusat 3S PROTON baharu hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan cawangan kedua dibuka di Kota Kinabalu yang mempamerkan identiti korporat baharu Syarikat.

YB Phoong Jin Zhe, Menteri Belia dan Sukan Sabah serta Cheng Seng Fook, Pengarah Pemasaran PROTON telah bersamasama merasmikan acara tersebut.
 


Cawangan baharu dengan kos sebanyak RM8 juta ini mempunyai keluasan sebesar 1686 meter persegi. 

Ia terdiri daripada 12 ruang servis dan 6 servis pengangkat serta ruang parkir yang boleh menampung sehingga 50 buah kereta dalam satu masa.
 


Kemudahan lain yang turut ada pada cawangan ini termasuklah Wi-Fi percuma, ruang minuman, tempat mengecas komputer riba, ruang kanak-kanak serta bilik solat.

Berbeza dengan yang lain, Harapan Maju diketuai oleh barisan wanita. Mereka terlibat dalam operasi harian perniagaan seperti memantau aktiviti jualan, servis dan pemasaran.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S ini mencerminkan komitmen GWM untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman…
Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…