Pusat 3S terbaharu Proton di Kota Kinabalu

oleh SALINA JALIL|
Shirba Auto World Sdn Bhd (Shirba Auto) secara rasmi telah membuka pusat 3S PROTON baharu di Kota Kinabalu. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Encik Yusri Bin Yusuf, Pengarah Kanan, Strategi Korporat,Proton pada 20 Oktober 2019 lalu.



Shirba Auto merupakan pengedar cawangan Proton ketiga dibuka di Kota Kinabalu. Cawangan 3S ini berkeluasan sebesar 2,259 meter persegi, yang terdiri daripada 12 ruang servis, enam pengangkat, ruangan menunggu yang selesa lengkap dengan kemudahan Wi-Fi percuma serta ruang tempat letak kereta.


PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Setakat ini, Proton mempunyai sebanyak 104 buah cawangan 3S & 4S di seluruh negara, sekaligus menjadikannya syarikat kereta yang terbanyak di Malaysia.

 

kk2

 

Sebagai pelabur baharu Proton, Encik Ridzuan Datuk Hj Lassim, Pengarah Shirba Auto World Sdn Bhd berkata, "Prospek perniagaan Proton mempunyai harapan yang cerah di masa hadapan, terutama dengan
adanya rangkaian model-model baharu. 

 

 

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton pula berkata, "Ramai pihak membuat keputusan untuk melabur sebagai pengedar kerana mereka telah melihat perkembangan positif serta jenama yang kukuh. Persepsi terhadap jenama juga telah berubah dan ini dapat dibuktikan melalui peningkatan jualan kereta syarikat."

 

kk2

 

Setakat pada tahun ini, jualan di Malaysia Timur meningkat sebanyak 31 peratus. Di Sabah sahaja, kenaikan adalah 39 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Saga tetap menjadi model paling popular di negeri ini.

 

 

kk3

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…