Pusat 3S terbaharu Toyota kini dibuka di Nilai

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mengumumkan perasmian sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Nilai, Negeri Sembilan .



Pusat 3S ini dibuka oleh rakan niaga UMWT sejak 1995 iaitu Unitedstar Corporation Sdn Bhd. Unitedstar telah bermula perniagaan
mereka dengan sebuah bilik pameran di Aman Suria, Petaling Jaya.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.  berkata, “Perniagaan automotif menjadi semakin kompetitif dan UMW Toyota Motor menggalakkan wakil pengedar kami untuk meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan mereka bagi memberikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan terbaik kepada pelanggan kami.” 

 


Selain bilik pameran yang luas yang mempamerkan barisan model terbaharu Toyota, cawangan ini juga mempunyai pusat servis dengan 10 ruang kerja dan alat ganti tulen. Sementara menunggu, pelanggan boleh beriadah di ruang menunggu yang disediakan.
 

 

Pusat 3S Unitedstar Corporation ini terletak di Lot 19745 – Lot 19758, Jalan Nilai Perdana 7, Taman Nilai Perdana, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Untuk pertanyaan, sila hubungi talian 06-7990022 (jualan) atau 06-7990033 (servis).

 

Dengan pembukaan ini, Toyota kini mempunyai 90 wakil pengedar sah di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…