Pusat 4S Audi Centre Setia Alam dibuka secara rasmi!

oleh Mohamad Hanif|
Audi Malaysia kini menambah sebuah pusat pameran bertaraf 4S yang terletak di Setia Alam, dan menempatkan khidmat jualan, servis, alat ganti serta kedai cat dan badan di dalam satu fasiliti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan keluasan sekitar 60,000 kaki persegi, bangunan empat tingkat Audi Centre Setia Alam menampilkan konsep seni bina Audi Terminal yang membawakan identiti korporat, perabot serta peralatan yang memenuhi piawaian antarabangsa AUDI AG.

 


Menurut Markus Schuster, ketua divisyen Audi Malaysia berkata, "Tahun ini kami telah memperkembangkan portfolio model-model untuk pasaran Malaysia merangkumi sedan A6, A7 Sportback, limosin  termasuklah SUV kompak Q2 sehinggalah kepada SUV saiz penuh Q8.

"Dengan pembukaan Audi Centre Setia Alam, ia merupakan satu pencapaian buat kami sebagai pengedar kenderaan Audi di malaysia, serta rakan kongsi pertama di luar pasaran domestik. Dengan peningkatan keupayaan fasiliti baharu, kami lebih yakin untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami," ujar Pengarah urusan Rimau International, Masamitsu Kokoi.
 


Serentak dengan pembukaan pusat pameran 4S ini, Audi Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk berkunjung ke Audi Cenrtre Setia Alam untuk melihat dengan lebih dekat penawaran SUV dan sedan premium Audi, beserta promosi dan tawaran hebat. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3362 6555.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pembukaan ini, E.S. Yang Motor kini mampu menawarkan perkhidmatan jualan, servis selepas…
Berita Domestik
Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji…
Berita Domestik
Pusat pameran yang serba baharu itu dibina atas tapak berkeluasan 33,000 kaki persegi, dan mampu…