Pusat Pameran 3S Asbenz Stern Autohaus dan Pusat Servis dilancarkan secara rasmi di Kuantan, Pahang

oleh Mohamad Hanif|
Demi meluaskan lagi rangkaian perkhidmatan yang bermutu kepada rakyat Malaysia khususnya di negeri Pahang, Mercedes-Benz Malaysia dengan kerjasama rakan pengedar Asbenz Stern Sdn Bhd telah membuka sebuah lagi cawangan pusat pameran dan pusat servis berasingan bertempat di Kuantan, semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan jumlah pelaburan yang mencecah RM5 juta itu, CEO Mercedes-Benz Malaysia Dr Claus Weidner berkata pembukaan pusat pameran tersebut membuktikan komitmen yang berterusan oleh MBM bagi menambah baik mutu khidmat kepada para pelanggan, di samping mengedarkan produk terbaik dan pengalaman pelanggan yang terbaik. 
 


Pusat pameran bertaraf 3S itu kini menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti dibantu oleh pegawai jualan seramai lapan orang dan 12 orang pegawai khidmat pelanggan yang terlatih. 

Dengan keluasan fasiliti seluas 3,860 kaki persegi dan 13,496 kaki persegi bagi bangunan servis, ia menawarkan 10 ruang kerja dan sebuah ruang pemeriksaan yang mampu menampung sebanyak 250 buah kenderaan sebulan.

Pusat pameran Asbenz Stern Autohaus ini direka mengikut konsep Mercedes-Benz Presentation System II, identiti korporat Mercedes-Benz (CI) serta turut dilengkapi dengan ciri I-Showroom interaktif membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat berkenaan produk hanya menerusi hujung jari sahaja. 
 


Sebagai sebuah pusat pameran serba baharu, Asbenz Stern mensasarkan untuk memberikan pengalaman jenama premium kepada pelanggan di sekitar pantai timur, termasuklah menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan buat rakyat tempatan. 

Dengan pelancaran Asbenz Stern Kuantan Autohaus, ia mengukuhkan lagi kedudukan dan penguasaan MBM khususnya di Pantai Timur dan juga di Malaysia  dengan jumlah rangkaian jenama premium terbesar berjumlah 34 buah Autohaus. 

Pusat Pameran Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus terletak di alamat
A7 & A9, Ground Floors, Jalan Tun Ismail 1, 25000 Kuantan, Pahang
dan boleh dihubungi menerusi talian 09-5163355 dan juga talian kecemasan 24 jam 017-8165515

Manakala Pusat Servis Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan pula terletak di
Lot 16606, Batu 3 Industrial Area, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang
dan boleh dihubungi menerusi talian 09-5171155 dan talian kecemasan 24 jam 017-8165515.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Outlet terbaharu Minsoon Star Seremban Autohaus ini menampilkan konsep pengalaman runcit mewah…
Berita Domestik
Penampilkan Brand Presence baharu ini membuktikan komitment Mercedes-Benz dalam menerajui era…
Informasi
Untuk menyelamatkan poket dan hukuman 'tersadai' di tepi jalan apabila kenderaan meragam kemudian…