Disebabkan pembangunan yang pesat di bahagian Seri Kembangan, Selangor, pusat pameran Toyota yang sedia ada di situ semakin terperangkap dan tidak mudah bagi orang ramai mengunjunginya.
Oleh itu, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) membuka pusat pameran baharu dan kini terletak di N0. 53 & 54, Jalan BS 1/11, Pusat Perdagangan Olive Hill, Taman Bukit Serdang, Seksyen 1, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Pusat pameran dan jualan baharu itu lebih luas dan selesa, dan orang ramai boleh menjangka servis terbaik oleh 15 pekerjanya di situ.