Pusat Pameran Ferrari Malaysia berwajah baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Naza Italia selaku pengimport dan pengedar supercar Ferrari di Malaysia semalam membuka tirai pusat pameran Ferrari Petaling Jaya yang kini berwajah baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pusat pameran dua tingkat tersebut kini menampilkan imej dan identiti korporat baharu Ferrari dibuka secara rasmi serentak dengan pelancaran supercar plug-in hybrid Ferrari SF90 Stradale.

Naza Italia melabur wang berjumlah RM3.5 juta di dalam menjalankan renovasi dan pengubahsuaian pusat pameran tersebut, di mana Ferrari Petaling Jaya kini merupakan antara pusat pameran pertama di Asia Tenggara yang membawakan identiti korporat terbaharu dari Ferrari.

 


Dengan keluasan lantai sekitar 11,900 kaki persegi, ia mampu mempamerkan sehingga 7 unit supercar pada satu-satu masa.

Tingkat bawah merupakan ruang pameran utama yang menempatkan model Ferrari yang terkini, serta terdapat ruang pelanggan khas yang dilengkapi dengan bar kopi serba mewah dan selesa.

Selain daripada itu, di satu sudut dipamerkan sejarah, legasi dan evolusi jenama Ferrari daripada dulu sehingga kini, serta memaparkan pencapaian Naza Italia sebagai pengedar tunggal jenama Ferrari semenjak 11 tahun yang lalu.

 


Tingkat pertama pula didedikasikan buat program kenderaan pra-milik Ferrari Approved, di mana setiap kenderaan pra-milik yang dipamerkan telah menjalani pemeriksaan 190 mata dengan teliti sebelum diserahkan kepada pelanggan, bagi memastikan mereka menerima sebuah Ferrari dengan kondisi bertaraf dunia.

Ia juga menempatkan ruang pejabat, serta ruang konsultasi khusus untuk para pelanggan.

 


Ferrari Petaling Jaya dibuka Isnin sehingga Jumaat jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang, manakala hari Sabtu pula dari 10.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Operasi pada hari Ahad dan cuti umum pula hanya dikhaskan kepada mereka yang telah membuat temujanji sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
“Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan. “Pihak…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…