Pusat pameran, servis Perodua kini dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Perodua telah memulakan kembali operasi pusat jualan dan pusat servis yang turut merangkumi perniagaan Badan Kenderaan dan Cat (B&P) di seluruh negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pembukaan semula pusat jualan dan pusat servis Perodua dibuat selepas memulakan kembali operasi fasiliti pemasangan di Sungai Choh, Rawang baru-baru ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "penghantaran kenderaan telah bermula secara berperingkat sejak minggu ini, dan kami menjangkakan lebih banyak kereta Perodua akan dihasilkan dan didaftarkan dalam masa beberapa minggu akan datang.

Tambah beliau lagi, pihak Perodua sedang menilai kesan pelaksanaan PKP pada 1 Jun 2021 terhadap operasi dan bakal mengumumkan sasaran semakan bagi operasi tahun ini tidak lama lagi.

Perodua juga turut menggariskan panduan keselamatan untuk dipatuhi para pelanggannya ketika mengunjungi pusat jualan dan selepas jualan, seperti lengkap suntikan vaksin sepenuhnya, memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal serta membuat temu janji terlebih dahulu sebelum mengunjungi cawangan Perodua yang berhampiran.

Secara keseluruhan, Perodua mempunyai lebih 70,000 tenaga pekerja di dalam ekosistem yang merangkumi para pembekal, pengedar, serta kontraktor di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Sepanjang pengalaman saya di dalam bidang ini, Proton sering beruntung kerana dapat berselindung di…
Berita Domestik
Dibina atas tanah berkeluasan 38,323 kaki persegi, pusat pameran Autohaus Asbenz Langkawi mempunyai…
Berita Domestik
Atas dasar ingin membantu, Scrut Auto kini melanjutkan tempoh operasi mereka sehingga ke 10 malam…