Pusat pameran & servis Toyota, Lexus mula operasi hari ini (4 Mei)

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan rangkaian cawangan rasmi bagi jualan dan servis Toyota dan Lexus yang terletak di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mula beroperasi bermula 4 Mei 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembukaan semula operasi serta premis terlibat ini adalah berdasarkan kelulusan dan tertakluk kepada pematuhan peraturan kerajaan negeri masing-masing. Untuk itu, pelanggan dinasihatkan supaya memastikan terlebih dahulu waktu dan hari operasi bagi cawangan rasmi jualan dan servis yang berkaitan untuk membuat temujanji.

Pembukaan cawangan jualan dan servis ini selari dengan kelulusan yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta pihak berkuasa tempatan yang terlibat.

Semua cawangan telah menerima garis panduan bagi operasi harian yang wajib dipatuhi, bersekali dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh MITI. SOP berkenaan memerlukan amalan penjarakkan sosial, pembasmian kuman di premis serta urusan tanpa sentuhan antara individu sekiranya boleh.

"Kami akan mengikut panduan serta SOP yang gariskan dengan ketat di semua cawangan-cawangan rasmi yang mula beroperasi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan dan juga pekerja. Diharapkan para pelanggan dapat memahami semua keperluan yang diambil ini bagi menjamin kepentingan dan keselamatan umum," ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Berkenaan kenderaan-kenderaan yang dibeli daripada UMWT atau pengedar rasmi yang mana jaminannya tamat di dalam tempoh PKP, lanjutan 30 hari akan diberikan bermula dari tarikh akhir pelaksanaan PKP (ketika ini dijangka pada 12 Mei 2020).

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah:

Toyota

Pertanyaan dan bantuan umum

*Isnin - Jumaat, 8am – 5.30pm

1800-8-TOYOTA (869682)

Bantuan kecemasan 24/7

1800-888-247

Emel sokongan pelanggan

[email protected]

 

Lexus:

Pertanyaan dan bantuan umum

*Isnin - Jumaat, 8am – 5.30pm

1-800-88-LEXUS (54987)

Emel sokongan pelanggan

[email protected]

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
“Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan. “Pihak…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…