Walau bagaimana pun, pelanggan perlu membuat temu janji terlebih dahulu.
Pihak MMM akan menjalankan langkah berjaga-jaga dengan mempraktikkan langkah-langkah berikut:
- Pengambilan suhu badan sebelum masuk ke bilik pameran.
- Cecair pembasmi kuman untuk tangan akan disediakan di pintu masuk.
- Kesemua kakitangan dan pelanggan perlu memakai pelitup muka di dalam premis.
- Jarak sosial akan sentiasa diamalkan dan diperhatikan.
- Proses sanitasi akan sentiasa di buat di sekitar bilik pameran.
- Kereta-kereta yang dipamerkan dan dipandu uji akan sentiasa dilakukan proses sanitasi
Bagi pelanggan yang ingin servis kenderaan anda, anda perlu membuat janji temu terlebih dahulu. Tiada 'walk in' dibenarkan. Anda digalakkan untuk meninggalkan kenderaan anda di pusat servis dan datang semula setelah selesai diserviskan.
Setiap kenderaan akan dilapik dengan pelindung tempat duduk dan stereng, dan ianya akan dibuka sebelum kereta dipulangkan kepada pemilik. Pelapik ini tidak akan diguna semula. Proses sanitasi juga akan dibuat sebelum kenderaan diserahkan kembali kepada pelanggan.
MMM memberikan tempoh lanjutan 90 hari (atau 2,500 km dari bacaan perbatuan) dari tarikh sepatutnya ia diservis ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tomoyuki Shinnishi, CEO MMM berkata, “Kesihatan dan keselamatan semua pelanggan dan kakitangan kami sentiasa menjadi keutamaan. Dalam masa kesemua langkah-langkah ini diambil, pasukan kami komited untuk memastikan gangguan yang minimal kepada perniagaan dan penyediaan servis kami kepada pelanggan. Kami akan terus memantau rapat semua perkara dan mempraktikkan langkah berjaga-jaga dan pencegahan bagi memastikan ia selamat dan selesa untuk pelanggan kami.”