Walaubagaimana pun para pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Perodua terlebih dahulu untuk membuat temu janji berkenaan tarikh dan waktu operasi untuk memudahkan pihak Perodua mengatur jadual pusat servis yang beroperasi.
Sila periksa di sini untuk memilih pusat servis yang telah beroperasi semula atau anda boleh membuat temu janji terus melalui E-Appointment
Pelbagai langkah berjaga-jaga telah diambil oleh pihak Perodua bagi mengekang penyebaran COVID-19. Di antara langkah-langkah keselamatan tersebut adalah seperti
- pemeriksaan suhu
- penggunaan pelitup muka dan
- penyediaan cecair pencuci tangan serta
- penjarakkan sosial dilaksanakan
- pembersihan kenderaan pelanggan sebelum dikembalikan kepada pemiliknya.
Perodua juga ingin memohon kerjasama dari para pelanggan untuk juga mengisi maklumat peribadi (nama, nombor pendaftaran kenderaan dan nombor telefon) sebelum memasuki premis untuk dijadikan bahan rujukan dan rekod sekiranya terjadi permasalahan untuk dihubungi kemudian hari.