Pusat servis Yamaha di ibu pejabat dibuka semula hari ini!

oleh SALINA JALIL|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sebagai pengedar dan pemasang motosikal Yamaha di negara ini kembali membuka pusat servis mereka bagi memenuhi keperluan pelanggan.


Bermula hari ini, 5 Mei 2020, operasi pusat servis di ibu pejabat mereka di Sungai Buloh akan beroperasi Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut HLYM semua pelanggan perlu melakukan temujanji dan tidak membenarkan 'walk-in' untuk melakukan servis motosikal mereka selain perlu memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

 

Serta hanya seorang pelanggan untuk sebuah motor dan pembonceng tidak dibenarkan memasuki kawasan premis.

 

Pusat jualan alat ganti dan kaunter jualan alat ganti masih belum dibuka sehingga dimaklumkan kelak.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Menampilkan semangat "Unbeatable Spirit", motosikal ini didatangkan dengan pakej dinamik yang mampu…
Berita Domestik
Antara warna baharu yang diperkenalkan terdiri daripada merah, biru, ungu dan magenta.
Berita Domestik
Tiga pilihan warna yang disediakan tahun ini terdiri daripada merah, kuning dan biru. Menariknya,…