Pusingan kedua Vios Challenge kembali 23-24 Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa bulan senyap akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, acara perlumbaan Vios Challenge dan Toyota GAZOO Racing Festival kembali dengan penganjuran pusingan kedua di Litar Antarabangsa Sepang bermula 23-24 Oktober ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Antara yang mencuri tumpuan adalah pertarungan di dalam kelas Rookies yang menampilkan lima graduan program GAZOO Racing Young Talent Development Program, di mana pada ketika ni didahului oleh Naquib Azlan yang berjaya memenangi dua perlumbaan pertama pada musim ini.

Memberikan saingan sengit kepada Naquib termasuklah Amer Harris, Mika Hakimi (17 tahun), serta Jwan Hii (18 tahun) dan Putera Adam (14 tahun).

Sementara kelas Super Sporting berterusan menunjukkan penguasaan oleh pelumba professional merangkap Duta GAZOO Racing, Tengku Djan Ley yang berjaya menguasai dua musim perlumbaan pembukaan.

Selain Tengku Djan, kelas itu juga turut menampilkan pemenang tempat kedua musim lalu, Mark Dawin; pemenang tempat ketiga musim lalu, Freddie Ang, serta veteran seperti Boy Wong, William Ho, Kenny Lee, Keifli Othman, Syafiq Ali, dan bekas juara terdahulu, Brendan Paul Anthony.

Turut memberikan saingan kepada pelumba-pelumba veteran itu tadi adalah Hayden Haikal yang berjaya memenangi kelas Sporting pada tahun lalu.

Kelas Sporting pula menampilkan sehingga 19 pelumba, di mana pada ketika ini didahului oleh Sutan Mustaffa Salihin dan Adam Khalid yang masing-masing memiliki satu kemenangan dari dua perlumbaan terdahulu.

Tidak ketinggalan, kelas Promotional yang menyaksikan pertempuran antara selebriti ternama seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Wany Hasrita, Nabila Razali, Khai Bhahar, Talitha Tan dan Ahirene Ahirudin.

Acara perlumbaan pada hujung minggu ini akan disiarkan secara langsung menerusi laman web UMW Toyota Malaysia (www.toyota.com.my) serta Facebook Toyota GAZOO Racing Malaysia dan Toyota Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, hujung minggu tersebut turut dimeriahkan dengan kemunculan jentera lumba Toyota…
Berita Domestik
Bermula dari tahun 2017 hingga 2023, setakat ini sudah lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia…
Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…