Puspakom: Hanya 35 kereta aplikasi e-hailing yang sudah jalani pemeriksaan!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga tarikh 10 April 2019, Puspakom hanya menerima kira-kira 35 buah kereta daripada 200,000 jumlah keseluruhan kereta e-hailing seluruh negara untuk diperiksa. 

Melihatkan kepada keadaan tersebut, CEO Puspakom Sdn Bhd, Mohammaed Shukor Ismail menggesa semua pemandu aplikasi seru-pandu supaya tidak menunggu saat terakhir untuk memeriksa kenderaan mereka. 

"Ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul di kemudian hari seperti kesesakan di pusat pemeriksaan atau permohonan tidak diluluskan dalam jangka waktu yang ditetapkan," ujar beliau. 

Baca: Puspakom saran pemandu e-hailing segera buat pemeriksaan

 


Puspakom sehingga kini telah menjalankan beberapa langkah susulan bagi memastikan proses pemeriksaan di seluruh negara berjalan lancar seprti menambah masa operasi kepada tujuh hari seminggu di 19 cawangan terpilih.

Tambah Mohammed Shukor lagi, para pemandu tidak perlu untuk mendapatkan lesen PSV terlebih dahulu sebelum menghantar kereta mereka untuk diperiksa Puspakom. 

Terdahulu, kerajaan telah memperketatkan undang-undang berkenaan perkhidmatan seru-pandu yang akan berkuatkuasa Jun ini. 

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau berkata, program itu diperkenalkan apabila terdapat laporan yang menyatakan golongan…
Berita Domestik
Menurut Valerie Chan, Pengarah Eksekutif PICK N GO Sdn Bhd berkata, "para pemandu teksi telah…
Informasi
Ketua Pegawai Operasinya, S Muraliraj, berkata selepas mencatatkan prestasi membanggakan di…